Megan Fox |
PELAKON Megan Fox tidak akan mendedahkan dua anaknya
Noah dan Bodhi kepada dunia media sosial kerana menganggap ia tidak
sihat untuk perkembangan mereka.
"Saya bukan seorang peminat media sosial. Saya rasa ia mempunyai
toksik yang membahayakan untuk kanak-kanak dan perkembangan mereka.
"Sebab itu saya tidak mahu anak-anak saya mendekati aplikasi seperti
Twitter atau Instagram dan mahu mereka mempunyai kehidupan normal,"
katanya seperti dilaporkan E Online.
Dalam pada itu, Megan berkata, sebagai ibu dia berasa bertanggungjawab
untuk melindungi anak-anaknya daripada anasir tidak baik menerusi sosial
media.
Keluarga bahagia Megan Fox |
Malah dia berharap ibu bapa lain turut mengawal penggunaan aplikasi
tersebut kerana ia lebih mendatangkan bahaya daripada kebaikan tanpa
disedari.
"Apa yang saya perhatikan kanak-kanak sekarang juga sudah mula bersaing
di laman sosial seperti siapa yang mempunyai pengikut paling ramai dan
jumlah 'like' pada gambar yang dimuat naik.
"Pernah seorang peminat kanak-kanak menghantar mesej kepada saya di
Twitter meminta agar mengikuti laman sosialnya dan sekiranya saya tidak
berbuat demikian dia akan membunuh diri.
"Pada saya itu adalah perkara paling mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku," jelasnya.
Sumber: mStar