Gambar Hiasan |
SUBANG JAYA - Anggota bomba bergegas memberikan bantuan kepada seorang lelaki yang ditemui dengan lehernya tertusuk gunting di sebuah rumah di USJ 5 di sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, enam anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam Ahad selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 15 minit sebelum itu.
"Lelaki berusia 35 tahun itu ditemui masih dalam keadaan sedar di bilik mandi dengan gunting masih terlekat di lehernya.
"Dia telah diserahkan kepada kakitangan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut," kata Mohd Sani.
Laporan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat menolak ia sebagai perbuatan jenayah.
Sumber: mStar