Lelaki OKU Menangis Dapat Layanan Istimewa Pramugari Cantik


Seorang OKU yang dikenali sebagai Niu, 71 tahun, mengalirkan airmata apabila mendapat layanan istimewa dari seorang pramugari muda yang cantik.

Pramugari berkenaan, Fan Xuesong, dikatakan telah melutut di depannya dalam satu penerbangan Hainan Airlines (HU7302) dari Zhengzhou ke bandar Haikou, Hainan di selatan China.

Difahamkan bahawa layanan baik dan keprihatinan Fan Xuesong yang sudi menyuapkan makanan untuk Niu telah menyentuh hati OKU itu yang tidak mampu memegang sudu untuk makan.

flight-4
flight-2
flight-3

Niu merupakan seorang pesara yang pernah memegang jawatan profesor perubatan menjadi orang kurang upaya selepas separa lumpuh akibat diserang strok 2 tahun lalu.

Difahamkan bahawa lelaki berkenan kini bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Tindakan Fan Xuesong bukan sahaja menyebabkan Niu menangis tetapi turut membuatkan penumpang Hainan Airlines yang lain terharu dengan perbuatan tersebut. -Kedahnews.com