Kepala babi yang dibaling di hadapan Pusat Islam Al-Aqsa di Philadelphia. |
Pusat Islam Al-Aqsa di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan dengan isu kepala babi yang dibaling dari sebuah kereta oleh dua orang lelaki.
Perbuatan keji ini telah berjaya dirakam menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini menjadi isu utama yang dibincangkan media di sana.
Ternyata, umat Islam AS kini berdepan dengan kebencian daripada penduduk bukan Islam di sana.
Ini bermula dengan serangan yang dikatakan berpunca dari ‘pengganas’ melalui siri serangan pengeboman di Paris.
Terbaru, disebabkan oleh tragedi serangan tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino, California, umat Islam di sana dilihat semakin dikecam dan dibenci.
Ini kerana kesemua suspek yang disenaraikan terlibat adalah orang Islam sendiri. Namun mereka sebenarnya terikat dengan ideologi dari puak pelampau Islam yang memperjuangkan keganasan dan berhaluan kiri.
Selain itu, cadangan diusulkan calon Presiden dari Parti Demokrat, Donald Trump baru-baru ini yang gesa agar umat Islam dilarang menjejakkan kaki ke AS dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada masalah kebencian ini.
Kenyataan bodoh yang dikeluarkan Trump seolah-olah menggambarkan umat Islam adalah punca utama kepada setiap keganasan yang berlaku di atas muka bumi ini.
Disebabkan kenyataan itu juga, beliau telah diselar oleh beberapa wakil dari White House dan juga Pentagon.
Terkini pihak polis di Philadelphia sedang menjalankan siasatan berhubung kes kepala babi ini. Wakilnya, Leeloni Palmiero memberitahu stesen CNN semalam. -Kedahnews.com