EMRAN Manja, 41, bersama isteri Norliza Bakil, 41, berjalan pulang ke rumah selepas dikhatankan di Balairaya Perkampungan Orang Asli Bukit Payung. FOTO Nor Shafinaz Sari |
Alor Gajah – Dua lelaki dewasa antara 24 masyarakat Orang Asli yang dikhatankan dalam majlis yang diadakan di Perkampungan Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah semalam.
Emran Manja, 41, berkata, dia bersama isteri dan tiga anak memeluk Islam atas kemahuan diri sendiri pada 2013.
“Sepanjang tempoh memeluk Islam saya memang berhasrat untuk berkhatan kerana berasa tidak selesa untuk beribadat termasuk ke masjid.
“Baru-baru ini saya dimaklumkan satu majlis berkhatan akan dianjurkan di kampung ini dan terus mendaftarkan nama untuk turut serta,” katanya.
Katanya, dia berharap akan sembuh dengan segera sekali gus membolehkan dia ke masjid dan beribadat dalam keadaan lebih selesa.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Pada majlis sama 20 pelancong dari Turki, Kanada dan United Kingdom, turut dibawa untuk melihat cara berkhatan.
Sumber: myMetro