London - Polis di pekan Redcar dikejutkan dengan penemuan 300 butir peluru bersepah di atas pantai seterusnya menyebabkan kawasan berkenaan ditutup kepada lalu lintas serta orang ramai.
Seorang lelaki menemui peluru itu di atas pantai berkenaan sekitar jam 10 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu.
Sebanyak 300 butir peluru 5.56mm ditemui, tetapi masih menjadi misteri bagaimana ia boleh berada di situ.
Penemuan itu turut mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan dalam pada seluruh Eropah kini diselubungi ketakutan serangan oleh Negara Islam (IS).
ANGGOTA polis membungkus peluru yang ditemui. |
Seorang penduduk memuji kepekaan lelaki yang menghubungi polis itu.
“Memandangkan apa yang berlaku di Paris, kita semua memang bertanggungjawab bersikap peka,” katanya.
Jurucakap polis Clevelend berkata, kejadian itu kini disiasat, tetapi tiada bahaya terhadap orang awam dan setakat ini belum ada tangkapan. - Agensi