PELAKON Aiman Hakim yang sudah lama menjalinkan hubungan cinta bersama Fathia Latiff mengatakan apa yang terjadi di antara dia dan bekas kekasihnya itu lebih baik disimpan sendiri.
“Maaflah… tiada yang perlu diperkatakan lagi. Saya tidak mahu membuka cerita kisah putus cinta dengan Fathia buat masa sekarang. Sudah tidak ada lagi yang boleh dikatakan. Privasi itu tetap milik saya sepenuhnya.
“Bukan saya mahu bersikap defensif tentang perkara ini tetapi saya lebih memandang ke depan khususnya kesan-kesan daripada kontroversi yang membabitkan seseorang artis itu. Saya akui yang sebenarnya kontroversi itu ada baiknya untuk seorang artis lebih dikenali.
“Tak kiralah sama ada kontroversi itu yang baik atau buruk. Tapi nampak gayanya orang kita lebih mengingati perkara yang buruk daripada sebaliknya. Selepas berfikir panjang tentang perkara itu, saya fikir lebih baik kalau saya ‘simpan’ perkara-perkara yang boleh saya simpan,” jelasnya yang dipetik dari Utusan.
Walaupun pada awal tahun ini mereka pernah berpisah, tetapi mereka kembali bergelar pasangan kekasih dan, baru-baru ini Fathia sendiri menyatakan bahawa hubungan mereka telah tamat kerana tiada lagi persefahaman. -Kedahnews.com