"Datin Dania Norman"? |
Malah "posting" yang dikatakan telah ditulis "Datin" jelita itu dengan bangganya telah disunting dan di"screenshot" oleh ramai warga netizen serta disebarkan seluas-luasnya sehingga viral di laman-laman sosial.
Dikatakan juga bahawa gambar posting yang telah discreen shot itu telah dikongsi ribuan warga netizen di seluruh negara, malah ada yang sempat yang mengatakan "sayang kat Datin" gara-gara gambar yang memaparkan "Datin" itu sememangnya jelita.
Namun begitu, sehari dua ini heboh pula dikatakan akaun Facebook "Datin Dania Norman" telah di"block" oleh pihak tertentu dan ia dikatakan adalah disebabkan kutukan keras "Datin" itu terhadap Mohd Najib.
Malah, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan pun tanpa semena-mena turut dituduh menjadi dalang menyebabkan akaun Facebook "Datin" kesayangan ramai itu di"block".
Namun malang, hari ini telah terbongkar segala rahsia...
"Datin Dania Norman" yang dipuja-puji itu sebenarnya tidak wujud, malah dikatakan bahawa akaun Facebook "Datin" berkenaan juga sebenarnya tidak pernah ada di dalam laman sosial berkenaan.
Lebih memalukan lagi, gambar yang dikatakan merujuk pada "Datin Dania Norman" itu sebenarnya adalah pelakon jelita dari Pakistan, Mahira Khan, yang pernah beberapa kali memenangi anugerah wanita paling seksi peringkat Asia.
Pelakon jelita Pakistan, Mahira Khan |
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan siapakah yang bertanggungjawab mencipta "Datin Dania Norman" dan turut tidak dapat dipastikan berapa ramai yang sudah tertipu dan berapa ribu yang sudah berkongsi statusnya tanpa usul periksa.
Sebelum ini, sudah berkali-kali Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegur dan mengingatkan netizen di negara ini supaya berhati-hati dari sebarang sebaran palsu yang berlegar di ruang maya tanpa memeriksa terlebih dahulu kesahihannya.
Tidak dapat juga kami pastikan berapa ramai yang "delete" perkongsian status "Datin Dania Norman" itu dan berapa ramai pula yang "biru" muka menahan malu atau tidak terasa malu berkongsi sesuatu yang tidak benar.
Apapun, kami serahkan kepada Yang Maha Esa sajalah kerana Dia lebih mengetahui dari segala tipu daya dan fitnah di akhir zaman ini, Wallahu'alam. - Kedahnews.com