Majlis Baby Shower Guna "Pampers" Ganti Pinggan Viral Diperkatakan


Tindakan seorang pengguna Instagram memuat naik gambarnya sedang makan dalam lampin pakai buang di sebuah majlis "baby shower" baru-baru ini, menerima kritikan warga netizen.

Individu terbabit yang sanggup menjamah makanan dalam lampin pakai buang itu dilihat sebagai suatu tindakan yang "menjijikkan" kerana ia adalah bertentangan sekali dengan kegunaan asal lampin bayi tersebut.

Mungkin penganjur menganggap lampin pakai buang sebagai pengganti pinggan sebagai satu tindakan yang kreatif, namun tanpa disangka-sangka ianya menjadi bahan kritikan pula oleh masyarakat.


Tidak dapat kami pastikan sama ada ramai yang "lalu" makan beralaskan lampin pakai buang, namun sekiranya kami dijemput ke majlis berkenaan, mungkin kami hanya akan minum saja untuk menghormati tuan empunya majlis.

Tapi untuk makan beralaskan lampin bayi sebagai pinggan, kami tidak mampu ikut cara begitu. -Kedahnews.com