PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang diculik dan dipenggal di selatan Filipina, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata usaha sedang dijalankan agar tuntutan ke atas mayat Then oleh keluarga mendiang dapat dijalankan dengan mudah.
“Kita nak bawa pulang secepat mungkin… kita sedang mengelolakannya,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia Inonge Mutukwa Wina di sini hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu lalu memaklumkan bahawa pihak berkuasa Filipina mengesahkan kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di selatan Filipina adalah milik Then berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Then, yang berasal dari Sarawak, diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama-sama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50. Thein kemudian dibebaskan pada 8 Nov.
Namun Then, 39, dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolo pada 11 Nov lepas. – BERNAMA