Masterpiece Seorang Gadis: Bukan Hanya Sekadar Secawan Kopi...


Setiap pagi selepas sarapan pagi, Giulia Bernardelli gemar melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.

Jika seorang gadis normal membersih meja semasa atau selepas sarapan, gadis berusia 28 tahun daripada Itali ini pula mengotorkan meja dengan hasil seninya yang menawan.

Memiliki ijazah sarjana muda dari Akademik Seni Halus Bolgna benar-benar memberi kesan kepada dirinya apabila beliau mengemar untuk mewujudkan adegan yang mempesonakan menerusi lebihan air kopi yang dijadikan sebagai bahan lukisan karya yang indah diatas meja putih Itali.


Daripada wajah pemuzik yang terkenal sehingga ke adegan imaginasi daripada siri dongeng Peter Pan, semuanya ditatapkan diatas meja makan beliau yang menjadi tempat untuk mempamerkan kreativitinya.

Malahan hasil kreativiti beliau ini dikongsikan bersama 54k follower di instagram beliau..

Peristiwa penghasilan karya unik ini bermula secara tidak sengaja apabila disaat minum kopi, Guilia mengacau kopi tersebut dan ternampak ada sesuatu yang menarik disebalik perbuatannya itu.


Beliau melihat ada dunia yang menarik untuk diterokai yang mampu mencabar kreatitiviti diri sendiri.

Dari hari tersebut pandangan Guilia terhadap aktiviti meminum kopi sudah berubah.

"Apabila saya minum kopi, saya memikirkan tentang sesuatu yang saya boleh cipta di atas meja", katanya.


Hasil tangan "ajaib" daripada Giulia Bernardelli, karya seni yang ditunjukkan sangat luar biasa sehingga mampu membuatkan anda terpegun. -Kedahnews.com