ALOR GAJAH – Seorang gadis ditemui mati tergantung di dahan pokok getah di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Paya Rumput di sini, awal pagi tadi.
Mayat gadis yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh pemilik ladang getah berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi ketika hendak menoreh getah, sebelum menghubungi polis.
Jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama dengan mayat mangsa.
“Pemilik ladang getah itu mulanya menyangkakan objek yang tergantung itu patung, namun mendapati ia adalah seorang wanita selepas mendekatinya.
“Siasatan juga mendapati, tiada sebarang kesan luka pada badan wanita itu,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan setakat tengah hari tadi polis tidak menerima sebarang laporan kehilangan ahli keluarga. -Kedahnews.com