Mayat Kanak-Kanak Dipercayai Diserang Buaya Ditemui Di Spaoh

Gambar Hiasan
KUCHING – Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai diserang buaya di sungai Kampung Bungin, Spaoh, Betong dua hari lepas ditemui petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata mayat Fakhrul Dahari, 11, ditemui sekitar pukul 3.45 petang, kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang dua hari lalu.

Seorang rakannya sebelum ini memberitahu bahawa Fakhrul diheret oleh seekor buaya ke dalam sungai berkenaan. – BERNAMA