"Menangis Sampai Keluar Airmata" Dipilih "Word Of The Year 2015"


Sekiranya tahun-tahun sebelum ini perkataan ‘alaf baru’ seperti "selfie" dan "vape" dipilih sebagai "Word of the Year", namun tahun ini emotikon orang tersenyum sambil mengeluarkan air mata pula mengungguli kategori tersebut.

Perkara yang cukup mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan kamus baku bahasa Inggeris terkemuka dunia, Oxford Dictionaries, berpusat di Britain baru-baru ini.

Emoji tersebut menggambarkan perasaan gembira dalam keadaan terharu yang sering kali digunakan dalam aplikasi perbualan teks WhatsApp, laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Pemilihan ini dilakukan Oxford Dictionaries dengan kerjasama sebuah syarikat teknologi komunikasi global, SwiftKey yang mengukur kekerapan penggunaan emoji berkenaan di seluruh dunia.

Untuk makluman, emoji merupakan imej digital yang digunakan untuk menggambarkan perasaan dalam komunikasi secara elektronik dan asalnya diceduk menerusi daripada bahasa Jepun.

Ia adalah disebabkan oleh huruf ‘e’ adalah bermaksud gambar manakala ‘moji’ pula membawa maksud karakter. –Kedahnews.com