Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dipanggil mana-mana wakil kerajaan Amerika Syarikat bagi menyiasat dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap beliau.
Malah, Najib juga tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk mengadakan sesi lawatan rasmi ke negara ‘Uncle Sam’ itu.
“Sehingga kini, tidak ada wakil kerajaan Amerika Syarikat, sama ada dari FBI atau Justice Department yang telah menghubungi Perdana Menteri berkaitan isu ini.
“Perdana Menteri juga tidak menghadapi sebarang masalah semasa melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, baru-baru ini,” katanya yang dipetik dari portal The Rakyat Post.
Kenyataan itu adalah sebagai maklum balas kepada pertanyaan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai jaminan kerajaan yang Najib tidak berhadapan sebarang risiko ditangkap ketika membuat lawatan rasmi ke negara yang dipimpin Barack Obama itu. –Kedahnews.com