Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
PUTRAJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap pada satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, beliau tidak mengetahui "desas desus" Muhyiddin akan berucap dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, terpulang kepada bekas timbalan perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.
"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to School' di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kementeriannya telah melaksanakan program pemberian barangan keperluan sekolah termasuk beg sekolah, alatan menulis dan bekas air minuman, sejak tahun lepas.
"Pemberian kepada murid-murid Tahun Satu kali ini melibatkan 3,200 di semua 14 sekolah di kawasan Putrajaya," katanya. - Bernama