Nabil Lebih Suka Orang Balas Balik Usikan, Kalau Diam Dia "Mati Akal"

Nabil Ahmad 
Sifat semula jadi suka berlawak Nabil Ahmad sering disalah tafsir, tidak kurang juga ada tersinggung dengan gurauan dan usikannya. 

Namun bagi Nabil, dia mengaku dirinya terbuka kepada sebarang gurauan yang ditujukan padanya.

“Sebenarnya saya dah biasa dengan situasi orang lain juga bergurau dengan saya. Saya lebih suka kalau sesetengah artis yang saya usik itu membalas balik gurauan saya, kalau diam saja, memanglah mati akal dibuatnya.

“Gurauan saya yang dibalas semula oleh Datuk Ramli MS, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor sewaktu Gegar Vaganza itu saya terima sebagai satu usikan, langsung tidak berkecil hati.

“Cuma saya takut orang lain pula berkecil hati dengan gurauan saya. Saya ini jenis open minded terima apa saja orang nak cakap tetapi yang berasaslah. Saya tak kisah orang nak bergurau sebab ini sudah kerja saya.

“Tak kisahlah orang lain nak ‘membahankan’ saya pula macam menyentuh telinga atau bibir saya, sebab saya anggap itu gurauan. Kena terbukalah terima gurauan.

“Janganlah beria-ia sangat nak jaga standard sampai tak boleh bergurau. Manusia di dunia ini mana ada yang sempurna,” katanya yang dipetik menerusi portal hiburan tempatan.

Nabil juga menjelaskan kredibilitinya sebagai pengacara juga semakin terserlah dan dipercayai ramai. Dia juga memberitahu bahawa tawaran kerja yang ditawarkan kepadanya juga tidak putus-putus. -Kedahnews.com