Nahas Bas Di Chiang Mai: Mangsa Berasal Dari Batu Pahat, Johor


JOHOR BAHRU – Seramai 22 pelancong yang terbabit dengan kemalangan bas persiaran di Chiang Mai, Thailand, yang mengorbankan 13 penumpang, berasal dari Batu Pahat.

Semua 22 pelancong itu menggunakan perkhidmatan Chiu Travel Sdn Bhd, yang beralamat di Jalan Rahman, Batu Pahat.

Syarikat itu dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook (FB), mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian terbabit.

Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, berkata pihaknya menerima berita itu jam 4 petang tadi.

“Kami menerima berita sedih mengesahkan bas yang membawa rombongan pelancong dari syarikat kami yang bertolak ke Chiang Mai 17 Disember (Khamis) terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Setakat ini, seramai lima lelaki dan lapan perempuan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 80-an disahkan terkorban dalam kemalangan itu.

“Kami juga sedang berusaha mengenal pasti identiti penumpang yang terselamat melalui wakil syarikat di sana.

“Ahli keluarga yang terbabit juga boleh menghubungi terus ke pejabat kami d di talian 07-4335599/4335588/4315797, ” katanya. 

Sumber: Berita Harian