Nasib Van Gaal Di Manchester United Bagai Telur Dihujung Tanduk


Khabar angin mengenai pemecatan Louis Van Gaal sebagai jurulatih Manchester United semakin "bertiup kencang" apabila lima nama disebut-sebut bakal menggantikan pengurus kelab bola sepak kelahiran Belanda itu.

Pemecatan Van Gaal dikatakan akan berlaku dalam tempoh terdekat selepas kelab ternama Liga Inggeris yang dikendalikannya, Manchester United tewas buat kali ketiga berturut-turut ketika menentang Norwich City pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, United tewas 2-1 di tempat sendiri di Old Trafford yang menjadi venue keramat pasukan berkenaan.

Louis Van Gaal
Antara nama paling panas yang disebut akan menggantikan Van Gaal ialah bekas pengurus pasukan Chelsea, Jose Mourinho  yang baru dipecat kelab "The Blues".

Selain itu, nama lain yang turut tersenarai adalah penolong Van Gaal sendiri, Ryan Giggs, Carlo Ancelotti dan bekas bintang United, Gary Neville yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih Valencia.

Nama Pep Guardiola yang mengumumkan untuk meninggalkan Bayern Munich turut dikaitkan dengan jawatan yang disandang Van Gaal ketika ini.

Lagenda Manchester United yang kini merupakan penolong pengurus kelab tersebut, Ryan Giggs
Namun dikatakan bahawa Manchester City semakin hampir mengesahkan bahawa pasukan itu akan mendapatkan khidmat Guardiola dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Van Gaal turut meluahkan rasa bimbangnya jika dipecat selepas insiden tewas kepada Norwich tersebut. -Kedahnews.com