Nicol David Juara Hong Kong, Tewaskan Musuh Ketat Laura Massaro


PETALING JAYA - Pemain skuasy wanita utama Malaysia, Datuk Nicol David meraih gelaran ke-10 Terbuka Hong Kong.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mempamerkan aksi terbaik dengan menewaskan pemain England, Laura Massaro.

Menerusi aksi perlawanan akhir di Pusat Sukan Hong Kong, Nicol memperoleh kemenangan dengan 15-13, 11-5, 11-3.

Kemenangan Nicol membalas semula kekalahannya di tangan Massaro sebanyak dua kali sebelum ini di Terbuka Britain dan Terbuka Amerika Syarikat.

Sumber: mStar