"Oh! My Girl" |
Sebuah kumpulan dari Korea Selatan, "Oh! My Girl" mengalami detik buruk apabila ditahan pegawai imigresen kerana disangka terlibat dengan sindiket pelacuran ketika memasuki Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Mereka dilaporkan telah ditahan kerana membawa terlampau banyak bagasi pakaian dan "props" sepanjang menjayakan konsert di Los Angeles.
Selain itu, mereka juga dikatakan tidak memohon visa mengikut prosedur yang perlu dilakukan sekiranya ingin memasuki negara Uncle Sam itu.
Namun menurut pengurus "Oh! My Girl", mereka memasuki negara tersebut di bawah program rakyat Korea Selatan menggembara ke Amerika Syarikat selama 90 hari yang dikatakan tidak memerlukan visa. –Kedahnews.com