Oooppsss..! Seluar Terlondeh Pula Semasa Terima Anugerah...


ZAGRED – Seorang aktivis hak asasi manusia terpaksa menahan malu dek kerana seluarnya tiba-tiba terlondeh ketika dia menerima anugerah daripada presiden negaranya itu.

Ivan Zvonimir Cicak menerima anugerah dari Presiden Crotia, Kolinda Grabar-Kitarovic ketika insiden memalukan itu terjadi.

Ketua Jawatankuasa Hak Asasi Manusia itu ilihat terpaksa menahan malu selepas seluarnya terlondeh. Dia kemudian bertindak menarik kembali seluarnya.

Ivan bernasib baik kerana sebahagian badannya terlindung oleh sijil anugerah yang diterimanya itu.

Anugerah diberikan kepada Ivan sebagai tanda perhargaan di atas sumbangannya sempena hari hak asasi manusia antarabangsa pada 10 Disember. – Mirror.uk