Sebuah kereta tersangkut di atas jalan yang dipenuhi tanah. |
JITRA - Penduduk di Kampung Charok Na, Mukim Pelubang di sini, meminta pihak kontraktor yang melakukan kerja-kerja projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) membaiki semula kemudahan asas di kawasan berkenaan yang didakwa rosak.
Penduduk mendakwa sejak projek itu dijalankan, pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan talian telefon tetap sering bermasalah hingga mengganggu aktiviti harian malah membahayakan keselamatan mereka.
Penduduk, Teeh Chan, 73, berkata, minggu lalu, masalah mengenai jalan di kawasan itu pernah disiarkan Sinar Harian dan pihak berkenaan ada datang menambak batu, namun tindakan itu tidak dapat menyelesaikan masalah terbabit.
Menurutnya, sejak kontraktor yang dilantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu menjalankan kerja-kerja untuk projek RTB, jalan di kawasan berkenaan dipenuhi tanah dan becak.
"Berikutan keadaan itu, banyak kenderaan penduduk di sini sering tersangkut.
"Malah baru-baru ini juga ada dua remaja wanita di sini terjatuh dari motosikal ketika melalui jalan itu," katanya.
Katanya, bagi mengelakkan kenderaan tersangkut, penduduk terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di kawasan jalan utama.
"Bagaimanapun kami juga bimbang jika kenderaan akan dipecahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, saya minta pihak berkenaan membaiki jalan terlebih dahulu sebelum meneruskan lagi kerja-kerja projek RTB itu,” katanya.
Bekalan air sering terputus
Che Ahmad Shaari, 73, pula berkata, sejak projek RTB dilakukan pelbagai masalah timbul di situ.
Katanya, projek itu juga menyebabkan penduduk sering menghadapi masalah bekalan air hingga kadangkalanya sampai beberapa hari.
“Bekalan air di sini sering terputus kerana pihak kontraktor gagal memindahkan paip utama selepas kerja melebarkan sungai bagi RTB itu. Ini terbukti apabila kami sering ternampak paip air utama selalu tercabut.
"Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa membeli air untuk kegunaan harian,” katanya.
Menurutnya, penduduk pernah mengadukan masalah itu kepada kontraktor dan mereka berjanji akan membaikinya.
"Bagaimanapun selepas beberapa hari, masalah itu timbul semula dan ini menunjukkan pihak kontraktor tidak bersungguh-sungguh melakukannya," katanya.
Tiang telefon tetap dicabut
Che Ahmad berkata, selain masalah air, talian telefon tetap di kampung itu juga turut terputus.
Menurutnya, masalah itu berlaku apabila pihak kontraktor mencabut tiang telefon tetap di sini.
"Kami ada mengutarakan masalah ini kepada pihak kontraktor dan mereka berjanji akan memberi kad prabayar setiap bulan kepada setiap keluarga di situ.
"Bagaimanapun masalah itu tidak dapat diselesaikan kerana kawasan itu sukar untuk dihubungi selain dari talian Telekom," katanya.
Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu, mereka ada berjumpa dengan pihak Telekom.
"Namun pihak berkenaan memberitahu mereka tidak akan menyediakan lagi talian telefon tetap di sini kerana memerlukan kos yang tinggi selepas 13 tiang telefon dicabut," katanya.
Arah kontraktor baiki paip utama
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Charok Na, Aminudin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sangat kecewa dengan tindakan kontraktor yang melakukan kerja RTB di situ hingga menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.
Katanya, beliau sudah pun menghubungi pihak berkenaan dan mengarahkan kontraktor membaiki secepat mungkin paip air utama di kampung itu.
“Saya juga sudah memberitahu mengenai masalah talian telefon tetap dan pihak berkenaan berjanji akan memasang kembali selepas tamat pembinaan RTB di situ nanti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian