Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali |
SHAH ALAM - Golongan berada disaran membantu golongan bawahan di persekitaran mereka menerusi konsep zakat, sedekah dan tanggungjawab sosial korporat dalam menangani tekanan ekonomi sekarang.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ia perlu disasarkan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat melibatkan kediaman, keperluan harian dan pendidikan.
“Di saat himpitan kewangan ini tentunya ada golongan yang tidak akan terkesan dengan tekanan ekonomi iaitu golongan berada yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan dan tinggal di pelbagai komuniti kediaman.
“Di mana ada kawasan kediaman golongan bawahan, pastinya akan ada kediaman golongan kaya, sama ada sikit atau banyak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Khairuddin berkata, Islam menggariskan penyelesaian terhadap kemelut ekonomi ummah menerusi beberapa dasar berkebajikan yang diterapkan ke dalam jiwa rakyat.
“Antara hadis riwayat Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda, tidak beriman dengan ku sesiapa yang bermalam dalam keadaan kenyang manakala jirannya kelaparan bersebelahan,” katanya.
Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah di negara ini sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi disebabkan oleh inflasi, kenaikan harga barang, penurunan nilai pendapatan boleh guna dan ruang pekerjaan yang direbut oleh lebih dua juta warga asing.
“Di ambang sesi persekolahan baru ini tentulah keperluan persiapan untuk kembali ke sekolah sangat diperlukan oleh warga marhaen. Golongan berada perlu digesa untuk tampil membantu masyarakat sekitar.
“Kerajaan boleh berperanan melakukan kempen berbentuk kesedaran tanggungjawab sosial ini menerusi pelbagai media milik kerajaan. Malah insentif baru boleh disediakan oleh kerajaan di samping pemotongan cukai sedia ada bagi mereka yang membantu himpitan kewangan masyarakat,” katanya.
Khairuddin berkata, sekiranya kesedaran itu dikempen secara berkala dan bersasar, ia mampu meringankan sebahagian bebanan fiskal kerajaan persekutuan atau negeri untuk jangka masa panjang.
“Inilah antara konsep yang diterapkan oleh Rasulullah SAW kepada hartawan negara sehingga kerajaan tidak perlu menampung begitu banyak keperluan pengurusan negara dan menyerahkan sebahagiannya untuk dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai lebihan perbelanjaan,” katanya.
Jelasnya, sumber fiskal negara hari ini terlalu bergantung pada konsep percukaian lebih daripada 70 peratus bagi membiayai bebanan pengurusan negara.
"Berdasarkan konsep percukaian, pendapatan si kaya diambil secara paksa dengan kadar yang tinggi untuk ditabungkan sebelum diagihkan semula kepada rakyat menerusi perbelanjaan negara.
"Dalam proses itu berlakulah kebocoran dan ketirisan apabila diurus oleh 'tangan-tangan' yang kurang beramanah," katanya.
Sumber: Sinar Harian