Kami yakin sesiapa sahaja pasti mengimpikan kehidupan yang indah buat selama-lamanya bersama pasangan pilihan masing-masing.
Ini akan lebih bermakna sekiranya kedua-duanya masih dikurnikan kesihatan yang baik, bukan?
Itulah dapat digambarkan tentang pasangan dari Britain iaitu Karam Chand, 110; dan isterinya, Kartari Chand, 103; yang baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-90, kelmarin.
Pasangan tersebut kini menetap di Bradford, West Yorkshire, England.
Mereka dilaporkan sudah berkahwin pada 11 Disember 1925 di India ketika di zaman penjajahan British.
Pada bulan November lalu, kedua-dua pasangan ini menyambut ulang tahun kelahiran mereka bersama dan diraikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai dari seluruh dunia.
Lebih menarik lagi, pasangan ini juga secara kebetulan dilahirkan pada bulan yang sama. Karam dilahirkan pada tanggal 10 November, manakala isterinya pula pada 1 November.
Pasangan ini yang berpindah ke Bradford pada 1965 setakat ini, telah dikurniakan 8 orang anak, 27 orang cucu dan 23 orang cicit. Mereka kini menetap bersama anak bongsu mereka iaitu Paul serta ahli keluarganya.
Anaknya, Paul berkata, mereka sangat bersyukur kerana kedua ibu dan bapa mereka masih dikurniakan kesihatan yang sangat baik walaupun usia mereka telah mencapai angka yang luar biasa.
Dia juga berterima kasih kerana ahli keluarganya yang lain sangat mengambil berat terhadap keadaan ibu dan bapanya ini. -Kedahnews.com