Gambar Hiasan |
GEORGE TOWN – Lima orang wanita warga Nigeria dan dua orang wanita warga Uganda telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang kerana menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Transfer.
Mereka ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu di sebuah hotel murah malam Khamis.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, pemantauan telah dilakukan sejak sebulan yang lalu dan operasi hanya dijalankan pada jam 9 malam Khamis.
Tambahnya lagi, ketika serbuan dilakukan, empat orang wanita tersebut sedang ‘asyik’ melayan pelanggan di dalam bilik manakala dua lagi cuba untuk melarikan diri.
Lebih teruk, mereka semua telah menggunakan pas pelajar untuk menjalankan kegiatan berkenaan dan pihak Imigresen negeri kini sedang menjalankan siasatan ke atas kegiatan itu.
“Kita sedang siasat kemungkinan mereka didalangi sindiket yang terdiri daripada warga tempatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Sumber: MyMetro