Pelakon Glee Ditahan Miliki Lebih 1,000 Bahan Pornografi Kanak-Kanak


Pelakon, Mark Salling dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Salling yang terkenal menerusi watak Puck dalam drama bersiri muzikal komedi Glee telah ditahan pihak Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) semalam.

Jurucakap LAPD, Ricardo Hernandez yang mengesahkan berita tersebut kepada BuzzFeed News mendedahkan, waran untuk mengeledah rumah pelakon tersebut yang terletak di Sunland, California telah pun dikeluarkan.


Hasil siasatan dan serbuan, pihak berkuasa menemui lebih seribu keping gambar eksplotasi seksual kanak-kanak.

Gambar-gambar tersebut melibatkan imej kanak-kanak yang rata-rata berumur bawah 16 tahun.

Usaha yang dilakukan pihak media bagi mendapatkan reaksi pelakon kacak ini masih belum berjaya.

Kes akan disebut semula di mahkamah, 22 Januari depan. -Kedahnews.com