Mohd Awis (dua, kiri) dan Norhissham (kanan) bersama penduduk Taman KTC Fasa 2 melihat keadaan jalan yang mendap akibat air yang mengalir keluar dari dalam tanah. |
KULIM - Beberapa penduduk di Taman KTC Fasa 2, di sini memohon pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera masalah air bawah tanah yang mengalir keluar sehingga merosakkan jalan di kawasan tersebut.
Penduduk, Rudy Timbang, 35, berkata, air yang mengalir sejak sebulan lalu itu memberi ketidakselesaan kepada dia sekeluarga apabila kawasan rumahnya sering basah dan berair.
Menurutnya, walaupun sebelum ini ada tindakan sudah diambil oleh pihak bertanggungjawab dan cuba menyelesaikan masalah itu, namun saluran yang dibuat tidak berfungsi dengan baik.
"Beberapa bulan lalu ada pihak datang mengorek jalan untuk buat saluran bagi mengalirkan air ke longkang tetapi hanya sikit saja yang masuk ke dalam saluran itu.
"Air ini dipercayai dari bukit atau dari dalam tanah kerana ia jernih. Kami tak selesa sebab jalan asyik lembab walaupun hari tak hujan," katanya.
Manakala, Norhissham Mansor, 32, berkata, air yang datang dari bawah jalan itu menyebabkan tanah semakin mendap dan laluan berlubang lebih-lebih jalan itu turut menjadi laluan lori muatan berat.
Manakala Mohd Awis Ahmad Rozi, 29, pula berkata, dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) HiTech melalui aduan sejak November lalu, namun tiada maklum balas diterima.
“Saya ada buat aduan melalui e-aduan kepada PBT tapi tak ada maklum balas. Kami tak selesa sebab jalan ini laluan utama 200 penduduk di sini.
“Nanti makin lama makin mendap kalau tak ada tindakan segera. Masalah juga makin teruk jika jalan berlopak dan tak rata,” katanya.
Sumber: Sinar Harian