Gambar Hiasan |
COLOMBO - Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena berpendapat penganjur yang membawa artis untuk mengadakan konsert yang tidak bermoral perlu disebat dengan ekor ikan pari.
Menurut laporan AFP, kenyataan tersebut dikeluarkan presiden selepas insiden penonton melontarkan seluar dalam, memeluk dan mencium penyanyi popular, Enrique Iglesias di sebuah konsert, 20 Disember lepas.
"Itu perangai orang tidak bertamadun," kata Maithripala merujuk kepada tindakan penonton terbabit.
"Mereka yang menganjurkan konsert sedemikian patut disebar dengan ekor ikan pari yang mengandungi toksik," katanya lagi.
Hukuman sebat menggunakan ekor ikan pari selalunya dijalankan terhadap pesalah jenayah berat di Sri Lanka.
Penganjur konsert Enrique Iglesias tersebut, Live Events yang dimiliki oleh pemain kriket, Kumar Sangakkara dan Mahela Jayawardene tidak memberikan sebarang komen.
Sumber: Sinar Harian