PENGUMUMAN: Semua UTC Seluruh Negara Tutup 24 - 27 Disember

PUTRAJAYA – Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup bermula 24 hingga 27 Disember ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu sempena sambutan Maulidur Rasul pada 24 Dis dan sambutan Krismas pada 25 Dis, selain tambahan hari penutupan pada 26 dan 27 Dis.

Menurutnya, kesemua UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 28 Disember 2015 (Isnin). – BERNAMA