Penstrukturan Semula Laluan Bas Akan Beri Faedah Kepada Rakyat

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media selepas merasmikan seminar 'National Security and the Threats from Islamic State (IS)" di Wisma MCA semalam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penstrukturan semula laluan bas di Lembah Klang bertujuan menambaik baik sistem pengangkutan awam.

“Saya percaya kita sedang meningkat perkhidmatan bas, bas perantara bagi menyediakan laluan mudah ke stesen LRT, KTM dan pengangkutan awam lain bagi meningkat penggunaan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sasaran saya ialah untuk memiliki 500,000 pengguna setiap hari pada sebelah pagi yang boleh dicapai sekiranya kita bekerjasama dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar bertajuk Keselamatan Negara dan Ancaman IS di sini semalam.

Pengguna dilapor keliru dengan penstrukturan itu yang berkuat kuasa 1 Disember lalu yang terbahagi kepada lapan koridor. – BERNAMA