Siti Nordiana |
Katanya, dia masih belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.
"Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak.
"Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang.
"Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun,” tambahnya.
Walaupun sudah 6 tahun hidup tanpa suami di sisi, Siti Nordiana akui dia masih belum terbuka hati dan tidak ambil serius bila diusik hal berkaitan jodoh. –Kedahnews.com