Jennifer Lawrence |
Pelakon filem The Hunger Games, Jennifer Lawrence dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi sekaligus mengejutkan ramai pihak apabila dia seolah-olah menghentam "polisi" sebilangan besar penerbit filem di Hollywood.
Menurut aktres itu, dia merasa jengkel dengan situasi di mana industri perfileman Hollywood mementingkan rupa paras dan fizikal pelakonnya berbanding bakat lakonan yang sepatutnya lebih diberikan perhatian.
“Saya benci dengan segala fokus yang menekankan berat dan saiz ideal untuk anda memasuki industri ini (perfileman).
“Saya tak rasa pelakon wanita perlu jadi terlalu kurus untuk kelihatan cantik dan menarik. Ini telah memberikan mesej yang salah kepada gadis-gadis di luar sana.
“Adalah lebih penting untuk kami pelakon lebih menitikberatkan bakat serta perbaiki cara lakonan daripada terlalu memberikan perhatian pada penampilan luaran,” katanya kepada majalah Grazia.
Kritikan aktres tersebut mencetus pandangan pelbagai pihak sama ada yang menyokong dan ada yang mengatakan ia adalah satu "standard normal" dunia penyiaran dunia di zaman ini. -Kedahnews.com