SHAH ALAM – Barisan pemain Selangor tidak menghadapi sebarang tekanan tetapi sebaliknya teruja untuk melayan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Ketua pasukannya, Shahrom Kalam berkata pasukannya tidak terasa tertekan kerana kekuatan pasukan itu tidak bergantung kepada mana-mana individu tetapi kemampuan pasukan secara menyeluruh.
“Semua pemain tahu peranan masing-masing. Kita juga tidak menghadapi sebarang tekanan sebaliknya teruja apabila layak ke final,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan final itu di sini, semalam.
Menurutnya biarpun tidak tertekan beraksi di laman sendiri, namun tidak memandang mudah pasukan Kedah kerana mereka memiliki barisan penyerang yang mampu merobek gawang lawan.
Justeru, benteng pertahanan Selangor mempunyai tugas berat untuk mengekang pergerakan barisan depan pasukan lawan, katanya.
Sementara itu, kapten Kedah, Khairul Helmi Johari berkata pasukan telah memperbaiki banyak kelemahan semasa latihan dengan memberi tumpuan kepada bentang pertahanan.
“Kami juga tidak boleh memberi ruang kepada Selangor untuk mencipta peluang melakukan jaringan,”katanya pada sidang media bersama itu.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi final edisi 2008 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyaksikan Kedah muncul juara menerusi kemenangan tipis 3-2.
Kali terakhir Selangor memenangi Piala Malaysia pada 10 tahun lepas, iaitu pada tahun 2005. Selangor juga mempunyai tugas berat untuk merealisasikan misi kali ke-33 untuk menjulang Piala Malaysia itu. – BERNAMA