PUTRAJAYA - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga anak kepada penyanyi wanita era 80-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya atas kesalahan cubaan mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan perkara itu dan mengatakan tertuduh menghadapi pendakwaan itu bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.
“Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan mencuri motosikal yang didakwa dilakukan di kawasan sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini kira-kira dua minggu lalu.
“Mereka dituduh mengikut Seksyen 379A dan 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri kenderaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada Februari tahun depan,” katanya.
Difahamkan, ibu remaja terbabit pernah menyertai program nyanyian realiti baru-baru ini selepas sekian lama menyepikan diri dalam bidang hiburan.
Sumber: Berita Harian