Remaja Bangla Ditahan Cuba Curi Duit Tabung Masjid Padang Lalang

Gambar Hiasan
BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja warga Bangladesh ditahan ketika cuba mencuri duit tabung Masjid Jamek Padang Lalang, di sini malam semalam, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharom Abu.

Beliau berkata remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam oleh penduduk kampung yang membuat rondaan.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri wang dalam tabung berkenaan antaranya lidi, pemutar skru dan playar, katanya ketika dihubungi semalam.

Remaja lelaki itu kini direman untuk siasatan, katanya. – BERNAMA