Rumah Anak TPM Dirompak, Alami Kerugian Bernilai RM25,000


Rumah anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah yang terletak di Country Heights, Kajang, Selangor dirompak buat kali kedua dalam tempoh 20 bulan, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Nurul bersama suami serta dua pembantu rumah dikatakan berada dalam kediaman tersebut.

Menurut laporan The Malay Mail, keluarga ini mengalami kerugian kira-kira RM25,000. Antara barang yang dilaporkan hilang adalah laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan kemas.

Kejadian rompakan ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya perompak memecah masuk rumah melalui pintu belakang dan menggeledah ruang perpustakaan di tingkat bawah rumah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lalu, rumah Nurul pernah dirompak menyebabkan kerugian dua jam tangan dan wang tunai RM1,000. –Kedahnews.com