Projek pembangunan seluas 12.14 hektar di Bayan Lepas. |
BAYAN LEPAS - Seorang lagi Adun mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempedulikan masalah yang dihadapi rakyat terutama isu banjir dan alam sekitar.
Adun Bayan Lepas, Nordin Ahmad menggesa kerajaan negeri lebih fokus dan memberi perhatian terhadap masalah banjir yang dihadapi penduduk di Bayan Lepas.
Beliau menggesa mereka terutama exco perumahan supaya memberi perhatian atas apa yang dibangkitkan dalam sidang Dun lalu iaitu banjir dan pembangunan tanah bukit kerana pada 29 November lalu, satu kejadian banjir besar berlaku di kawasan ini terutama di Kampung Bukit dan Kampung Masjid melibatkan hampir 100 keluarga.
“Terdapat sebuah projek tujuh lot tanah untuk pembangunan bercampur (kos rendah, sederhana rendah, rumah kedai dan sekolah) atas tanah seluas 12.14 hektar,” katanya kepada media selepas meninjau kawasan pembangunan berkenaan kelmarin.
Menurutnya, projek untuk dua fasa itu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana mengandungi lebih 2,000 unit.
“Setiap fasa mengandungi dua blok dengan ketinggian 42 tingkat serta mengandungi 1,383 unit rumah, 28 unit rumah kedai dan tujuh tingkat tempat meletak kereta.
“Melihat kepada jumlah tempat meletak kereta, saya tidak rasa ia mencukupi untuk menampung semua kenderaan penduduk yang tinggal di situ,” katanya.
Beliau hairan bagaimana projek pembangunan itu mendapat kelulusan kerana ia kini mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk sekitar.
Katanya, tanah yang dikorek tidak ditutup dan dibiarkan dalam keadaan terbuka. Jika hujan, ia akan terhakis dan terjatuh bersama aliran air.
“Ini merbahaya kepada penduduk kampung berhampiran. Pemaju juga tidak membina parit di sekitar kawasan pembangunan bagi menjamin pengaliran air yang lancar,” katanya.
Selepas berlaku banjir kilat Ahad lalu, Nordin menghantar surat kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pejabat daerah supaya mengambil tindakan segera.
“Pemaju dan Kerajaan Pulau Pinang langsung tidak mementingkan keselamatan rakyat sebaliknya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
“Projek ini dibina berdekatan dengan sungai. Apabila banyak tanah terjatuh ke dalam sungai ketika hujan, ia akan membuatkan sungai mengecil dan tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat. Ini yang menjadi punca banjir,” katanya.
Menurutnya, tinjauan mendapati pekerja sudah menutup sebahagian timbunan tanah yang dikorek namun tidak memadai.
“Saya mahu penjelasan dan tindakan Kerajaan Pulau Pinang bagi membuktikan mereka benar-benar pentingkan alam sekitar, mahu sebuah negeri hijau.
“Jika benar ada penilaian kesan alam sekitar (DEIA) dibuat, mustahil masalah ini akan timbul,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Bukit, Che Piah Che Meh, 73, berkata, sejak projek perumahan itu dibangunkan setahun lalu, masalah banjir sentiasa menghantui keluarganya terutama ketika hujan lebat.
Beliau meminta masalah banjir yang sering melanda segera ditangani oleh pihak terlibat.
“Makcik tinggal di sini bersama anak dan cucu sejak empat tahun lalu. Sebelum ini, tidak pernah berlaku banjir tetapi sejak setahun lalu, kami mula dilanda masalah itu. Kadang-kadang tanah di hadapan rumah ini terjatuh bersama aliran air dan terkena rumah.
“Saya harap pihak berkuasa mengambil langkah mengatasi masalah ini. Kami sentiasa hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian