Iman Sufiah Muhamad Taufik dan adiknya, Iman Aueisha Muhamad Taufik |
Bubur ayam, dadih, cekodok pisang, mi goreng dan sandwich yang kebiasaannya dijual pada harga RM1 setiap satu kini dijual lima kali lebih murah oleh pasangan adik beradik ini.
Si cilik yang dikenali sebagai Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10 dan adiknya Iman Aueisha Muhamad Taufik, 8 memulakan perniagaan sejak 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara.
“Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,” kata Iman Sufiah.
Memetik laporan Harian Metro, kisah sandwich 20 sen ini menjadi viral sejak Sabtu lalu apabila gambar Iman Sufiah menjual sandwich telur tersebar.
Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan sebanyak 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.
Ibu kepada usahawan cilik ini, Sitir Nurhuda Samsudin, 35, berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap anak-anaknya dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada yang susah.
“Saya tidak menghalang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa memberi semangat kepada mereka. Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat itu perlu ikhlas,” katanya.
“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.
“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” ujarnya.
Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar TTDI secara percuma.
Sebelum ini, kisah seorang lelaki mualaf yang menjual donut dengan harga 10 sen telah menjadi viraldisebabkan sifat mulia peniaga terbabit yang ingin membuat amal jariah sambil berniaga.