Selepas Low Yat, Kota Raya Pula Ditutup Bergaduh Kes "Handphone"

Kompleks Kota Raya
KUALA LUMPUR - Kompleks Kota Raya ditutup pada petang semalam susulan dari pergaduhan yang berlaku melibatkan penjualan telefon bimbit dengan sekumpulan pelanggan yang dikatakan tidak berpuas hati.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.55 petang, apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks tersebut untuk menuntut bayaran balik di atas pembelian telefon.

Memetik laporan mStar, pihak pengurusan kompeks berkenaan telah memutuskan untuk menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan dan bertambah serius.

Pihak polis kemudiannya dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar komplek tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih lagi menyiasat mengenai insiden berkenaan. -Kedahnews.com