SEBAHAGIAN besar kita menganggap kolam renang paling mahal di dunia mungkin hanya berukuran saiz raksasa namun ramai tidak tahu ia menjadi bernilai tinggi jika dipasang marmar, jubin mozek dan elemen mewah lainnya.
Tinggi nilai pembangunan sesebuah kolam renang juga dipengaruhi oleh besar kecilnya ukuran kolam itu. Berikut ini adalah lima kolam renang termahal di dunia yang dipetik daripada portal bornrich.com untuk rujukan anda:
1. Hearst Castle, Amerika Syarikat
Kolam ini bernilai AS$10 juta (kira-kira RM42 juta) yang terletak di halaman belakang Hearst Castle dekat San Simeon, California, Amerika Syarikat dan dibangunkan pada 1919 sebelum siap sepenuhnya pada 1924 lalu.
Ia terbahagi kepada dua bahagian. Materialnya elegan, diperbuat dengan marmar dan ubin mozek. Pemiliknya ialah William Randolph Hearst sebelum diambil alih oleh pihak kerajaan negeri susulan kematiannya pada 1951.
2. Lev Leviev Residence, United Kingdom
Terletak di London, kolam renang tersebut dimiliki oleh usahawan Israel bernama Lev Leviev. Kolam renang ini sama mahal dengan aset Hearst. Sangat mudah untuk memahami bagaimana kolam renang ini bernilai tinggi.
Ini kerana ia dibina dengan material mewah termasuk daripada ubin mozek dan emas. Kolam ini juga dilengkapi dengan pemandian spa. Leviev membangunkannya juga dengan kos bernilai AS$10 juta (kira-kira RM42 juta).
3. Seagaia Ocean Dome, Jepun
Struktur kolam renang ini dibina dengan kos AS$2 bilion (kira-kira RM8.4 bilion). Ocean Dome adalah kolam renang dalam bangunan yang paling besar di dunia dengan memiliki keluasan kira-kira 30.472 meter persegi.
Dalam kompleks yang sama terdapat fasiliti ombak dan suara letusan gunung berapi buatan manusia. Ia juga dianggap sempurna oleh pencinta sukan air, perenang, dan penggemar suasana gunung berapi dari serata dunia.
4. San Alfonso, Chile
Menandingi Ocean Dome, San Alfonso merupakan kolam renang terbesar dalam ruangan dan pernah disenaraikan Guinness World Record pada 2008 lalu. Kolam saiz raksasa ini memerlukan tempoh lima tahun untuk siap dibina.
Keluasannya sekitar 8 hektar dengan kedalaman 3.3 meter. Bagaimana mereka mengisi kolam sebesar itu? Hanya dengan air laut yang disaring. Cara ini paling masuk akal, kerana ia satu-satunya sumber air yang cukup besar
5. City of Stars, Mesir
Kolam renang paling mahal di dunia ialah City of Stars, yang terletak di Sharm el Sheikh, Semenanjung Sinai dekat Laut Merah. Struktur kolam renang besar ini dibuat oleh Crystal Lagoons, yang juga membina San Alfonso.
Dibina pada 2000 dengan luas 8.5 hektar, ada 11 laguna lain yang menjadi daya tarikan pelancong. Kos pembinaan ialah AS$5.5 bilion (RM23 bilion) dan menggunakan teknologi saringan air laut untuk mengisi keseluruhan kolam. – Agensi