KUALA LUMPUR – Program Sarapan Pagi Sinar FM dikendalikan oleh pelawak Jep, Shuib dan Rahim yang dikenali sebagai `Sepahtu Sinar’ bermula hari ini.
Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim berkata, langkah itu selaras dengan objektif Sinar FM yang mementingkan aspek hiburan lebih segar dan berinformasi.
“Selaras dengan pembaharuan jenama dan slogan terkini ‘Menyinari Hidupmu’ yang dilaksanakan oleh Sinar FM, pelbagai transformasi turut dilakukan.
“Tanggal 30 November 2015 secara rasminya Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM terbaharu diperkenalkan iaitu ‘Sepahtu Sinar’ yang dikendalikan oleh tiga pelawak terkenal negara Jep, Shuib dan Rahim,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rasidah berkata, sebagai segmen yang menjadi tunjang utama di Sinar FM, tiga penyampai baharu itu akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi.
Menurutnya, Sinar FM mengambil inisiatif baharu itu selaras dengan peredaran dan penjenamaan stesen Sinar FM.
“Kami percaya Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim) dapat menarik lebih ramai pendengar baru yang mahu melayan karenah pengemudi Rancangan Sarapan Pagi itu,” katanya.

Sinar FM sebelum ini menjadi pilihan pendengar radio nombor satu negara dengan menyajikan slot Sinar Pagi bersama trio selebriti popular, Kak Engku, Krill dan Salleh Yaakob yang sinonim dengan panggilan "Abang Jem".
Dengan slot Sarapan Pagi Sinar FM yang bakal dikendalikan oleh Sepahtu itu, kami menjangkakan stesen radio berkenaan akan lebih bertenaga dan terus menjadi radio nombor satu pilihan pendengar di seluruh negara. -Kedahnews.com