Simpan Kapak Dalam Kereta, Peniaga Dipenjara 5 Tahun

Gambar Hiasan
Seorang peniaga yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Mahkamah Seksyen atas kesalahan memiliki kapak berukuran 44 sentimenter tanpa kebenaran yang sah.

Pesalah, Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, mengakui bersalah di atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Hukuman penjara selama lima tahun itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 November 2014.

Semasa pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh pada 5.45 petang pada 25 November 2014 yang lalu, pihak berkuasa telah menemui kapak berukuran hampir setengah sentimeter tersebut di dalam kereta kancil milik tertuduh.

Selepas diperiksa, tertuduh didapati tidak mempunyai kebenaran untuk memiliki kapak tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958. Syeksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh tidak diwakili oleh peguam manakala pendakwaan kes pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NurLiyana Md. Zukri. - Kedahnews.com