Datuk Siti Nurhaliza Tarudin |
Diva no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjawab isu berkenaan spekulasi kehamilannya dengan khabar sedih menjelaskan bahawa kandungannya yang baru berusia dua bulan telah pun mengalami keguguran.
Berita itu dikongsikan Siti menerusi akaun Instagram miliknya pukul 10 pagi, hari ini.
"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan.
"Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.
"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran,” katanya dalam kenyataan di laman sosial tersebut.
Siti Nurhaliza yang tentunya berasa sedih, bagaimanapun tetap reda menerima takdir yang telah tertulis untukny.
Justeru itu, beliau berharap supaya peminat mendoakan agar beliau diberikan rezeki untuk bergelar ibu satu hari nanti. -Kedahnews.com