SPRM Akan Maklumkan Pada Umum Tarikh Ambil Kenyataan PM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkembangan siasatan isu SRC International dan dana sumbangan politik RM2.6 bilion, semalam.

Pihak SPRM memaklumkan, satu pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri bagi memuktamadkan tarikh bagi mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu tersebut telah pun dibuat.

Justeru, pihak SPRM akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai  siasatan dari masa ke semasa untuk pengetahuan umum. –Kedahnews.com