Rita Rudaini |
Peminat Rita rata-ratanya memberikan komen positif serta mendoakan yang terbaik untuknya.
Perkara ini menjadi lebih kukuh apabila, salah seorang ahli keluarga Rita yang dikenali sebagai Cik Ala turut memberikan komen.
“Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga” seakan-akan mengesahkan bahawa pelakon itu sedang dilamun cinta," komen saudara aktres dari Perlis itu.
Walau bagaimanapun Rita berkata buat masa sekarang, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen berkaitan perkara itu. Rita juga berkata, akan berkongsi kisah ini apabila tiba masanya.
“Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap,” katanya. -Kedahnews.com