SUNGAI PETANI - Sepasang penagih dadah dipercayai suami isteri yang aktif menjalankan kegiatan berkenaan ditahan dalam serbuan dilakukan anggota penguat kuasa AADK.
Pasangan itu yang berusia 23 dan 30 tahun dikatakan baru sahaja berkahwin dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, bukan sahaja aktif dalam penagihan malah dipercayai menjadikan rumah mereka dekat Kampung Bendang Dalam, Merbok sebagai port bungkus dan edar bahan terlarang terbabit.
Pegawai AADK Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, ketika diserbu kedua-dua penagih berada dalam keadaan khayal serta tidak menyedari kehadiran anggota yang menjalankan operasi khas terbabit.
"Hasil pemeriksaan kita percaya pasangan ini juga menjalankan kegiatan membungkus sebelum mengedar dadah ke kawasan sekitar termasuk Kampung Segantang Garam dan Kampung Sungai Deraka," katanya.
Sumber: Sinar Harian