Sudikah Fazura Jadi Model Tudung Wanita Yang Dia Malukan?

Atiqah Annuar
SEBELUM ini industri hiburan tempatan hangat dengan insiden salah faham pelakon cantik Nur Fazura yang menyangkakan perkataan “KimK” yang ditulis seorang peminat pada komen di laman Instagramnya adalah satu kata carutan.

Sehubungan itu peminat tersebut Vii Narza atau nama sebenarnya Atiqah Annuar, berkongsikan harapannya ingin Fazura menjadi duta atau model kepada tudung rekaannya.

Menurut Atiqah selepas kontroversi itu, orang ramai semakin mengenali perniagaan tudung yang diusahakannya memandangkan jumlah pengikut Instagramnya makin bertambah.

Menurutnya kepada Malay Mail Online, “Kalau ditakdirkan berjaya dan ada butik sendiri, kenapa pula tidak untuk saya ambil fazura jadi duta. Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.

“Saya dah lama sukakan Fazura, selalu ikuti perkembangan dan tonton filem lakonannya sampai sekarang. Walaupun kena hentam saya tak pernah benci sebab saya sayangkan Fazura.

“Apa yang berlaku cuma salah faham dan tak perlu nak perbesarkan lagi. Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah,” katanya.


Mengimbas kembali kejadian memalukan itu, Atiqah menulis komen “macam KimK yang depan tu” dalam gambar yang dimuat naik Fazura, merujuk kepada gaya solekan kawan selebriti itu persis Kim Kardashian.

Tersalah faham KimK sebagai kata carutan, Fazura terus memuat naik satu posting ‘menghentam’ Atiqah sehingga ia menjadi viral di kalangan netizen, beberapa minggu lalu. -Kedahnews.com