Sekiranya disebut nama Chris Hemsworth, mungkin ramai yang kurang kenal dengannya. Namun jika disebut nama "super hero" Thor yang beraksi dalam filem The Avengers, kami yakin ramai yang kenal.
Thor kini dikatakan telah mengalami perubahan drastik di mana tubuhnya kini menjadi kurus kering!
Dia dikatakan hanya mengamalkan pemakanan berjumlah 500 kalori sahaja sehari demi mendapatkan bentuk badan kurus untuk watak dalam filem terbaharu lakonannya.
Wajah terkini Chris yang berusia 32 tahun itu sememangnya mengejutkan kerana dia kelihatan sangat lain daripada kebiasaannya yang bertubuh sasa.
Difahamkan, dia mengamalkan program diet yang dinamakan Lost At Sea.
Walau bagaimanapun, Chris tidak menggalakkan peminatnya mencuba jenis diet seperti yang diamalkannya.
Chris terpaksa menurunkan berat badan bagi membawa peranan utama dalam filem In the Heart of the Sea.
Bukan hanya Chris yang sangat komited dengan pekerjaannya, sebaliknya banyak aktor Hollywood telah membuktikan sanggup mengambil cabaran menguruskan badan dalam masa singkat demi memenuhi tuntutan watak mereka.
Antaranya Christian Bale, Jared Leto dan Matthew McConaughey dan ramai lagi. -Kedahnews.com