Tauke Jambu Selamat Bertunang Dengan Nadia, Gadis Cun Terengganu


Pelawak terkenal, Tauke Jambu dilaporkan telah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis kelahiran Terengganu yang dikenali sebagai Nadia, petang semalam.

Khabar gembira itu diperolehi menerusi perkongsian laman Facebook Era FM.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria dikatakan turut hadir dalam majlis pertunangan itu dengan memakai kemeja berwarna merah jambu yang sinonim dengan kumpulan lawaknya, Jambu.


Jambu sebelum ini juga dianggotai bersama rakan karibnya, Allahyarham Pak Yus.

Hasil pemerhatian menerusi laman sosial Tauke, bintang komedi ini tidak memuat naik sebarang foto pertunangannya, dipercayai masih berkabung dan bersedih dengan pemergian Pak Yus yang menjadi sebahagian kenangan manis dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun, Kedahnews.com mengucapkan tahniah kepada Tauke dan tunangnya, semoga segera 'membina masjid', sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan di dalam Islam. -Kedahnews.com